Thursday, July 23, 2009
Puisi 11
"Kristal Merah"
Aku berjalan mengisi kesunyian,
Hidup sendiri dalam keramaian,
Masing-masing teman punya kristal,
Kilauan kristal mereka indah-indah belaka,
Aku pun ingin memiliki kristal sendiri,
Menemaniku setiap masa,
Inginku merenungi sinar kristal itu setiap detik dan waktu,
Kilauan itu pasti buat aku tidak jemu,
Pelbagai warna yang telah kutemui,
Pernah juga aku memiliki tiga kristal sebelum ini,
Namun kilauannya cuma sementara,
Akhirnya tidak mengeluarkan kilauan dan sinar lagi untukku,
Diberikan pada orang lain pula kilauan dan sinar mereka,
Kristal-kristal itu sudah tidak mahu denganku lagi,
Aku kecewa,
Aku mencari kristal baru,
Aku telah berkenan dengan warna yang lain,
Tapi sayang milik orang,
Aku cuba untuk memiliki kristal itu,
Tapi kilauan dan sinarnya masih berbelah bahagi,
Kekadang mahu,
Kekadang tak mahu,
Akhirnya kristal itu pilih tak mahu,
Pencarian masih kuteruskan,
Cekal dan tabah jadi peneman sementara,
Bukan mudah untuk kristal itu,
Telah kutemui kristal itu,
Indah kilauan dan sinarnya,
Aku mahu itu,
Kristal itu merah warnanya,
Kali ini indah pada pandangan mataku,
Kilauan dan sinarnya membuat aku sukar melupainya,
Aku telah buat keputusan untuk memiliki kristal itu,
Kristal merah itu,
Begitu indah dan istimewa,
Meski ada insan yang jengkel dengan warnanya,
Jengkel dengan kilauan dan sinarnya,
Ah, mulut orang!
Kalau diturutkan biasa jadi tak keruan,
Aku jaga kristal itu,
Kristal merah itu,
Lain dari yang biasa,
Amat istimewa,
Aku bahagia punya kristal merah seperti itu.
Kristal Merah
24/07/09
2.24 a.m
Pangsapuri Seri Nilam, Ampang.
Saturday, July 11, 2009
Puisi 10
"Adik Cantik Manis"
"Adik cantik manis,"
"Bukanlah! Saya akak,"
"Adik cantik manislah,"
"Akaklah!"
Akak?
Bos cakap, "Adik cantik manis,"
"Kalau itu macam, akak cantik manis,"
Kepala sudah pening,
Kalau itu satu bungkus 10 ringgit,
Tapi akak tanya, "Sekilo berapa ringgit?"
Satu bungkus 10 ringgit,
Bos cakap, "Satu bungkus 10 ringgit,"
"Tunggu bos baliklah adik cantik manis,"
"Akaklah!"
Kristal Merah
12/07/09
5.49 a.m
Pangsapuri Seri Nilam, Ampang.
Puisi 9
"Najis"
Dulu bunuh sana bunuh sini,
Khianat sana khianat sini,
Seksa sana seksa sini,
Noda sana noda sini,
Najis tetap najis,
Tutup sana tutup sini,
Busuk masih ada,
Najis tetap najis,
Cuci dengan apapun,
Tanganmu dan badanmu tetap kotor,
Selagi bumi bernafas,
Usah mahu pulang sini,
Tinggallah sana.
Kristal Merah
12/07/09
5.29 a.m
Pangsapuri Seri Nilam, Ampang.
Tuesday, June 23, 2009
Puisi 8
"Aku Mahu Ke Sana"
Semalam penuh dengan liku,
Derap langkahku beserta titisan keringat,
Dahaga kerongkongku,
Lelah jiwa,
Kudrat yang ada kukerah semahunya,
Bermula dengan denai yang sempit,
Aku melangkah tenang,
Kemudian berlari-lari anak,
Kekadang pantas lariku,
Bukan mudah untuk ke sana,
Pelbagai liku aku tempuhi,
Semak kecil,
Hutan tebal,
Semua aku redah,
Bukit-bukit kecil juga telah kutewaskan,
Lopak,
Sungai,
Tasik,
Laut,
Juga telah kurenangi,
Kuseberangi,
Kembara menuju ke sana,
Banyak yang kutemui,
Macam-macam,
Wajah-wajah muram kerana kecundang,
Tapi aku tidak mahu menyertai mereka,
Berundur bukan jiwa nuraniku,
Telah kukatakan pada mereka,
"Aku mahu ke sana,"
Ada yang tersengih mendengarnya,
Tapi aku butakan mata,
Tak kurang yang mengata "Tak usahlah,"
Tapi aku pekakkan telinga,
Mereka yang telah sampai di sana pulang dengan ceria,
Kata mereka puncak di sana amat mendamaikan,
Aku pun mahu ke sana,
Ingin merasai nikmat bila berada di sana,
Ingin melihat matahari tersenyum,
Ingin menyedut udara segar,
Ingin merasai dingin embun pagi,
Ingin menikmati jingga petang,
Ingin mengira bintang-bintang di langit pada malamnya,
Ingin bersua pada bulan,
Ingin melihat sekeliling,
Pasti indah nikmat itu,
Aku takkan pulang,
Selagi aku belum sampai di sana,
Bahagia di sana ingin aku genggam,
Sedikit masa lagi,
Aku akan berada di sana,
Bukan mimpi lagi,
Jika Allah mengizinkan,
Akan jadi benar,
Ya, realiti....
Aku semakin hampir,
Detik itu sudah menjelma,
Angin telah membawa gembira dari sana,
Aku pasti tiba,
Tungguhlah,
Aku sedang melangkah penuh waja,
Puncak itu akan kutakluk,
Aku tahu,
Ada sesuatu di sana....
Kristal Merah
24/06/09
9.20 a.m
UM Kolej 12.
Puisi 7
"Dia siapa?"
Dia,
Ungkapan yang penuh makna pada zahirnya,
Siapakah gerangan di sebalik dia?
Hingga telah membuat sukma bergelora,
Bukan angin pastinya yang menggoncang sukma,
Tapi dia,
Siapakah dia?
Bidadari dunia atau syurga?
Bulu roma bagai disentuh tatkala dia digambarkan,
Minda terus menerawang,
Berlegar-legar riang mencari dia,
Jika dia nilainya umpama mutiara di dasar lautan,
Semahunya tidak akan aku lepaskan,
Seluruh kudrat yang aku miliki,
Pasti akan aku kerah seadanya,
Akan aku lawan gelombang,
Akan aku selami lautan samudera,
Akan aku genggam mutiara indah itu,
Tapi jika aku sampai di dasar lautan,
Hanya kilauan saja yang sudi diberikan,
Hampa dan kecewalah sukma terunaku,
Jika hanya kilauan saja yang mampu diberinya,
Lebih baik aku mencari intan dan berlian di daratan.
Kristal Merah
24/06/09
2.48 a.m
UM Kolej 12.
Puisi 6
"Fikirkan apa?"
Adakah kau sedang runsing?
Kenapa kau runsing?
Adakah derita membimbing minda?
Hingga lupa diri siapa?
Jika derita penyebab itu semua,
Campakkan saja di luar lubuk jiwa,
Derita itu penyakit jiwa,
Derita itu mengundang nestapa.
Andai bukan derita umbinya,
Maka kau makin dekat pada-Nya.
Kenapa aku berkata demikian?
Kenapa?
Kerana pada hematku,
Kau cuba menginsafi diri,
Menyesali kekhilafan jiwa nurani.
Kau makin hampir,
Makin hampir pada Ilahi.
Andai kau hampir pada-Nya,
Sukmamu semakin tenang,
Maka kenallah kau akan dirimu siapa....
Kristal Merah
24/06/09
2.38 a.m
UM Kolej 12.
Puisi 5
"Aku dan Kamu"
Aku dan kamu,
Sememangnya berbeza zahir dan batin...,
Itu bukan penghalang untuk kita mara ke hadapan,
Bersatu kita padu,
Sendiri longlailah langkah,
Aku dan kamu,
Memang berbeza tingkah dan peranan,
Misi kita juga mungkin tak sama,
Itu bukan aset untuk tidak sama mengenali,
Hakikatnya aku perlu kamu,
Kamu perlu aku,
Mungkin ada misi kita yang sama,
Siapa tahu?
Jangan alpa wahai saudara,
Sebenarnya fitrah dan fikrah kita sama,
Kita dari keturunan yang sama,
Tak kira apa jua warna kulitmu,
Kita adalah keturunan Adam dan Hawa,
Aku dan kamu,
Aku dan kamu,
Jangan ada wujud perbezaan,
Juga jangan ada sengketa,
Aku dan kamu....
Kristal Merah
24/06/09
2.32 a.m
UM Kolej 12.
Aku dan kamu,
Sememangnya berbeza zahir dan batin...,
Itu bukan penghalang untuk kita mara ke hadapan,
Bersatu kita padu,
Sendiri longlailah langkah,
Aku dan kamu,
Memang berbeza tingkah dan peranan,
Misi kita juga mungkin tak sama,
Itu bukan aset untuk tidak sama mengenali,
Hakikatnya aku perlu kamu,
Kamu perlu aku,
Mungkin ada misi kita yang sama,
Siapa tahu?
Jangan alpa wahai saudara,
Sebenarnya fitrah dan fikrah kita sama,
Kita dari keturunan yang sama,
Tak kira apa jua warna kulitmu,
Kita adalah keturunan Adam dan Hawa,
Aku dan kamu,
Aku dan kamu,
Jangan ada wujud perbezaan,
Juga jangan ada sengketa,
Aku dan kamu....
Kristal Merah
24/06/09
2.32 a.m
UM Kolej 12.
Puisi 4
“Janjiku”
Ayahanda dan bonda,
Anakanda merindui belaian ayahanda dan bonda berdua.
Namun dalam mengejar cita-cita ini,
Kita terpaksa berpisah untuk sementara,
Masih ada tugas yang belum terlaksana.
Sudah masanya anakanda mengembara,
Mengembara menimba ilmu dan pengalaman,
Sebagai bekalan untuk masa hadapan,
Bagi membela nasib kita sekeluarga.
Anakanda berjanji,
Anakanda akan pulang dengan kejayaan,
Seperti yang ayahanda dan bonda harapkan.
Mudah-mudahan dengan izin-Nya,
Anakanda akan mendapat kejayaan yang cemerlang,
Dan membawa segulung ijazah ke kampung halaman,
Sebagai tiket untuk bekerja pada masa akan datang.
Anakanda berjanji,
Anakanda akan membahagiakan ayahanda dan bonda.
Segala titik peluh ayahanda,
Segala penat lelah bonda,
Akan anakanda ganti dengan bahagia.
Mungkin anakanda tidak mampu membalas,
Segala budi ayahanda dan bonda,
Namun anakanda akan terus berusaha,
Menggapai cita-cita,
Bagi melihat ayahanda dan bonda ceria sentiasa.
Ayahanda dan bonda,
Ayahanda dan bondalah inspirasi anakanda,
Kata serta nasihat ayahanda dan bonda berdua,
Akan anakanda jadikan azimat berguna.
Doa dan restu dari ayahanda dan bonda,
Amat anakanda perlukan sentiasa,
Sebagai pengiring menuju kecemerlangan anakanda.
Semoga anakanda tetap mara ke hadapan,
Menuju kegemilangan,
Dan mudah-mudahan anakanda tidak lupa pada hari kemudian,
Apabila kejayaan sudah berada digenggaman.
Semoga anakanda kotakan segala janji,
Supaya dapat melihat ayahanda dan bonda senang hati.
Itulah janji anakanda.
Kristal Merah
24/06/09
2.21 a.m
UM Kolej 12.
Puisi 3
“Sahabatku”
Sahabatku,
Hadirmu dalam hidupku,
Memberikan kusemangat,
Teruslah kau mendampingiku.
Sahabatku,
Susah dan senang kita bersama,
Aku gembira,
Kau gembira,
Aku berduka,
Kau berduka,
Itulah makna persahabatan yang mulia.
Tapi mengapa kini kau menghilang tanpa berita?
Aku tertanya-tanya,
Kemana kau menghilang wahai sahabatku?
Apakah aku telah melukaimu?
Andai demikian,
Ampun dan maaf kuhulurkan.
Kembalilah wahai sahabatku,
Aku memerlukan kehadiranmu,
Aku perlukan sokonganmu,
Dalam mengejar cita-citaku.
Hadirlah kau wahai sahabatku,
Kita teruskan persahabatan ini,
Tidakkah kau ingat kenangan kita bersama?
Hadirlah kau wahai sahabatku,
Kita teruskan perjuangan dan cita-cita yang belum terlaksana,
Bukankah kau pernah berkata dahulu,
Engkau ingin mencipta kegemilangan bersamaku?
Kemana perginya semangatmu itu,
Wahai sahabatku?
Bangkitlah wahai sahabatku!
Bangkitlah!
Tanamkan semangat iltizammu!
Jika kau menyepi,
Dan terus membisu,
Pastinya aku kekok untuk melangkah.
Ingatlah wahai sahabatku,
Walau engkau tiada di sisiku,
Aku sentiasa mengingatimu,
Kerana kau amat bermakna bagiku.
Kristal Merah
24/06/09
2.18 a.m
UM Kolej 12.
Puisi 2
“Kusemakin Jauh”
Ya Allah,
Kusemakin jauh,
Jauh dari-Mu,
Jauh dari jalan-Mu.
Ya Allah,
Dalam kumeniti,
Laluan ini,
Aku alpa untuk mengingati-Mu,
Aku alpa untuk mengabdikan diri kepada-Mu,
Setiap detik dan waktu,
Aku menyimpang dari fitrahku,
Aku lalai dari menuruti,
Kitab Suci,
Aku lalai dari mengikuti,
Sunnah Kekasih-Mu.
Ya Allah,
Hidup ini kuisi penuh dengan dosa,
Aku dalam kegelapan,
Aku dalam keresahan.
Ya Allah,
Hidup ini kurasakan kosong,
Kerana kujauh dari hidayah-Mu,
Kujauh dari jalan-Mu.
Ya Allah,
Akulah hamba-Mu,
Yang sangat hina di sisi-Mu.
Ya Allah,
Ampunilah segala,
Dosa hamba-Mu ini.
Berilah cahaya keimanan,
Agar dapat kubertahan,
Dari segala godaan syaitan,
Agar diriku jauh dari segala kekufuran,
Jauh dari segala kejahilan.
Ya Allah,
Kau ampunilah segala dosa,
Yang telah aku lakukan terhadap,
Kedua ibu bapaku,
Sesungguhnya aku telah banyak,
Banyak melukakan hati mereka.
Ya Allah,
Kau ampunilah dosa mereka,
Kau kasihanilah mereka,
Sebagaimana mereka mengasihaniku.
Ya Allah,
Kau matikanlah aku,
Dalam kalimah Tauhid,
Jauhkanlah aku dari azab di alam persinggahan.
Mudah-mudahan,
Rasulullah memberikan syafaat kepadaku.
Ya Allah,
Kau permudahkanlah hisabku,
Mudah-mudahan aku dapat melintasi,
Titian Sirat-Mu dengan mudah.
Ya Allah,
Jauhkanlah aku dari azab Neraka-Mu,
Kerana azab-Mu sangat pedih,
Masukkanlah aku ke dalam Syurga-Mu,
Itulah yang paling selamat untukku.
Ya Allah,
Aku mengharapkan redha-Mu,
Kau berilah aku,
Nur hidayah-Mu,
Untuk menerangi perjalanan ini.
Ya Allah,
Kau tetapkanlah iman ini,
Kau peliharahlah iman ini untukku,
Agar aku tidak jauh dari-Mu.
Semoga aku dekat pada-Mu,
Kerana aku sedar,
Aku semakin jauh dari-Mu.
Kristal Merah
24/06/09
2.14 a.m
UM Kolej 12.
Puisi 1
“Menanti Bahagia”
Kebahagiaan,
Impian setiap insan,
Namun bukan semua,
Mampu untuk mengecapinya.
Kebahagiaan,
Kadang kala datang tanpa diduga,
Kadang kala pergi tanpa direla.
Kebahagiaan,
Perlukan pengorbanan,
Pengorbanan yang kadang kala,
Di luar kemampuan,
Kadang kala mendatangkan kekecewaan.
Namun jika kau pasti,
Teruslah kau menanti,
Menanti hadirnya bahagia,
Bahagia yang telah lama,
Engkau ingin miliki.
Penantian itu memang menyeksakan,
Memang itulah hakikatnya.
Jika kau rasa penantian itu,
Akan berakhir dengan kesuraman,
Ubahlah haluan,
Bahagia itu ada di mana jua.
Namun jika kau miliki,
Bahagia yang kau nanti,
Pastikan bahagia itu penuh erti.
Janganlah kau nodai bahagia itu,
Yang telah lama kau idamkan.
Yang pasti,
Bahagia itu pasti hadir.
Moga bahagia yang hadir itu,
Bahagia yang abadi.
Panjatkan doa kepada Ilahi,
Jika kau berhasrat,
Bahagia itu ingin kau miliki.
Kristal Merah
24/06/09
2.10 am
UM Kolej 12.
Aku mahu berpuisi
Bagi mengelakkan blog ini sunyi dan sepi, kristal merah akan selitkan puisi-puisi hasil sentuhan kristal merah sendiri. Hasilnya mungkin tak seberapa. Tapi tak salah untuk mencuba. Mencuba itu lebih baik dari tak berbuat apa-apa. Harap Apiz Rage mampu jadi pembaca setia. Puisi untuk mengubat kesunyian, peneman di kala sepi, penghibur di kala kebosanan. Apa-apalah....
Aku masih ada..
Huh, lama baru buka blog ini....kristal merah masih ada. Masih cuba mencari idea. Mahu menghasilkan sesuatu yang lebih baik dari "Barah Dendam". Begitulah hajat dihati. Cuma tak tahu mampu dihasilkan atau tidak. Tapi tak salah untuk terus berusaha ke arah itu. Semua sudah ada dalam perancangan. Perancangan memang dah ada. Tapi belum mampu untuk menekan keyboard untuk menggarap karya untuk novel seterusnya. Masanya pasti akan tiba.
Thursday, April 23, 2009
Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2
Sambungan.... Kat sana juga terjumpa Abg Khar dan kak Molly dan kak Nurul serta krew Pekan Ilmu pulication yang lain yang setia dengan pengunjung. Semasa kat sana juga, ada seorang yang bertanya kat kristal merah, "Novel Barah Dendam tu pengalaman hidup ke?"
Kristal merah jawab, "Fantasi." Sebenarnya novel itu adalah gabungan fantasi dan 10 % pengalaman kristal merah. 90 % adalah fantasi. Kalau penuh dengan pengalaman semata-mata, akan bosanlah pembaca dan meluat nak dengar pengalaman kristal merah yang merupakan insan hina (pinjam istilah Nazeerah Hanie @ Kenit) ini.
Kristal merah jawab, "Fantasi." Sebenarnya novel itu adalah gabungan fantasi dan 10 % pengalaman kristal merah. 90 % adalah fantasi. Kalau penuh dengan pengalaman semata-mata, akan bosanlah pembaca dan meluat nak dengar pengalaman kristal merah yang merupakan insan hina (pinjam istilah Nazeerah Hanie @ Kenit) ini.
Pesta Buku Antarabangsa PWTC
Saturday, March 21, 2009
Jangan Sangka Yang Bukan-bukan....
Eh seperkara lagi....Kristal merah harap pembaca tak salah anggap kerana terdapat adegan yang 'tut'...Kristal merah bukan ingin mendidik pembaca melakukan perkara 'tut' tersebut....Tapi kristal merah nak dedahkan gejala 'tut' itu masih berlaku di kalangan remaja kita hari ini dan semakin membimbangkan....Perhatian perlu diteruskan untuk kita sama-sama membendung gejala yang tak bermoral itu.
Kristal merah juga bukan ingin mendidik pembaca menggunakan bahasa-bahasa kesat dalam kehidupan seharian...Kristal merah sekadar nak dedahkan bahawa begitulah muda mudi kita tika berbicara masa kini....Kesantunan sebagai masyarakat yang berbudi bahasa kian terhakis....Isu ini juga perlu diberikan perhatian yang sewajarnya agar kesantunan itu kekal terpelihara....Skemala pulak....Tapi memang tengah skema ni....Jadi sebagai salah satu dari ahli masyarakat yang prihatin, sama-samalah kita mendaulatkan budi pekerti yang luhur....
Akhir kata, berfikirlah di luar kotak pemikiran kita....Jumpa lagi...(%,)
Kristal merah juga bukan ingin mendidik pembaca menggunakan bahasa-bahasa kesat dalam kehidupan seharian...Kristal merah sekadar nak dedahkan bahawa begitulah muda mudi kita tika berbicara masa kini....Kesantunan sebagai masyarakat yang berbudi bahasa kian terhakis....Isu ini juga perlu diberikan perhatian yang sewajarnya agar kesantunan itu kekal terpelihara....Skemala pulak....Tapi memang tengah skema ni....Jadi sebagai salah satu dari ahli masyarakat yang prihatin, sama-samalah kita mendaulatkan budi pekerti yang luhur....
Akhir kata, berfikirlah di luar kotak pemikiran kita....Jumpa lagi...(%,)
Dah Beli Belum???
Bersua semula....Salam kuhulur bermula pembuka bicara....Macam mana? Dah beli novel "Barah Dendam"? Da habis baca ke belum? Kalau belum beli, belilah la ye....Kalau belum habis baca, habiskanlah....Tak tebal pun....(",)
Kepada yang dah terbeli, kristal merah ucapkan berbilion terima kasih atas sokongan yang diberi....
Ada masa, komen-komenlah kat blog ini...Tak kisah komen itu manis, pedas, masam, masin, kelat, pahit, tawar dan kaum kerabat segala rasa.... Komen dan kritikan akan mencetuskan revolusi dan inovasi....
Kepada yang dah terbeli, kristal merah ucapkan berbilion terima kasih atas sokongan yang diberi....
Ada masa, komen-komenlah kat blog ini...Tak kisah komen itu manis, pedas, masam, masin, kelat, pahit, tawar dan kaum kerabat segala rasa.... Komen dan kritikan akan mencetuskan revolusi dan inovasi....
Wednesday, February 18, 2009
Barah Dendam
Inilah cover novel "Barah Dendam". Kalau terjumpa novel ini kat kedai buku MPH, jangan pandang saja. Sentuhlah novel ini. Kalau boleh belek, belek-beleklah novel ini. Lepas tu tanya diri anda, "Beli atau tidak?" Jawablah, "Okay, aku beli."
Novel ini akan menghantar anda ke zaman silam anda ketika bersekolah dahulu. Kenakalan, kejahatan, kepahitan dan kemanisan alam persekolahan pasti akan segar semula diingatan.
Saturday, January 31, 2009
Ciri-ciri Pengarang Sastera Kreatif
Jika anda pengarang satera kreatif, anda perlu memiliki:
1) Suka hidup bebas (tidak suka dipaksa @ dikongkong).
2) Peka terhadap apa yang berlaku.
3) Mempunyai perasaan halus dan pemerhatiam yang tajam. (mencari makna dalam suatu
persoalan dan buat tafsiran).
4) Menghargai pengalaman (pengalaman sendiri dan orang lain).
5) Memiliki sense of humor (unsur kelucuan).
6) Memiliki gagasan yang asli, baru dan tidak klise.
7) Cerdik, pintar, sedar dan cekap.
8) Imaginasi berbeza dengan fantasi.
**Sumber dipetik daripada kuliah bersama En. Mohd Seleeh Rahamad, Jab. Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya**
#(Dibenarkan sedut untuk tujuan kebaikan. Bukan untuk diNIAGAkan)#
1) Suka hidup bebas (tidak suka dipaksa @ dikongkong).
2) Peka terhadap apa yang berlaku.
3) Mempunyai perasaan halus dan pemerhatiam yang tajam. (mencari makna dalam suatu
persoalan dan buat tafsiran).
4) Menghargai pengalaman (pengalaman sendiri dan orang lain).
5) Memiliki sense of humor (unsur kelucuan).
6) Memiliki gagasan yang asli, baru dan tidak klise.
7) Cerdik, pintar, sedar dan cekap.
8) Imaginasi berbeza dengan fantasi.
**Sumber dipetik daripada kuliah bersama En. Mohd Seleeh Rahamad, Jab. Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya**
#(Dibenarkan sedut untuk tujuan kebaikan. Bukan untuk diNIAGAkan)#
Aset Individu Yang Kreatif
Salam....
Kreatif merupakan salah satu inti yang perlu ada di dalam jiwa novelis. Jika anda memiliki elemen-elemen berikut, anda seorang yang kreatif.
1) Memiliki jiwa merdeka, iaitu tidak suka dikongkong, tidak suka terikut-ikut dan tidak peduli
kritikan orang lain.
2) Berani membuat keputusan dan bersedia bertanggungjawab atau menanggung risiko
terhadap keputusan yang telah dibuat. Tidak suka pada tekanan dari luar.
3) Tidak dahagakan pengiktirafan, pujian atau ganjaran daripada orang lain. Mereka mampu
memuji atau mengkritik diri sendiri.
4) Bersikap terbuka dan sedia menerima bahawa ada karya mereka tidak rasional. Oleh itu,
mereka bersikap toleran terhadap kritikan orang lain.
5) Peribadi mereka stabil.
6) Meminati seni dan berjiwa halus.
7) Berperangai dominan dan asertif iaitu tidak suka jadi pengikut.
8) Memiliki jiwa yang kompleks, sukar difahami oleh orang lain kerana mereka melihat sesuatu
dengan persepsi yang berbeza daripada orang biasa.
**Sumber dipetik melalui kuliah bersama En. Mohd Saleeh Rahamad, Jab. Pengajian Media,
Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya**
#(Boleh disedut untuk tujuan kebaikan sahaja. Bukan untuk diniagakan)#
Kreatif merupakan salah satu inti yang perlu ada di dalam jiwa novelis. Jika anda memiliki elemen-elemen berikut, anda seorang yang kreatif.
1) Memiliki jiwa merdeka, iaitu tidak suka dikongkong, tidak suka terikut-ikut dan tidak peduli
kritikan orang lain.
2) Berani membuat keputusan dan bersedia bertanggungjawab atau menanggung risiko
terhadap keputusan yang telah dibuat. Tidak suka pada tekanan dari luar.
3) Tidak dahagakan pengiktirafan, pujian atau ganjaran daripada orang lain. Mereka mampu
memuji atau mengkritik diri sendiri.
4) Bersikap terbuka dan sedia menerima bahawa ada karya mereka tidak rasional. Oleh itu,
mereka bersikap toleran terhadap kritikan orang lain.
5) Peribadi mereka stabil.
6) Meminati seni dan berjiwa halus.
7) Berperangai dominan dan asertif iaitu tidak suka jadi pengikut.
8) Memiliki jiwa yang kompleks, sukar difahami oleh orang lain kerana mereka melihat sesuatu
dengan persepsi yang berbeza daripada orang biasa.
**Sumber dipetik melalui kuliah bersama En. Mohd Saleeh Rahamad, Jab. Pengajian Media,
Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya**
#(Boleh disedut untuk tujuan kebaikan sahaja. Bukan untuk diniagakan)#
Subscribe to:
Posts (Atom)