Tuesday, June 23, 2009
Puisi 8
"Aku Mahu Ke Sana"
Semalam penuh dengan liku,
Derap langkahku beserta titisan keringat,
Dahaga kerongkongku,
Lelah jiwa,
Kudrat yang ada kukerah semahunya,
Bermula dengan denai yang sempit,
Aku melangkah tenang,
Kemudian berlari-lari anak,
Kekadang pantas lariku,
Bukan mudah untuk ke sana,
Pelbagai liku aku tempuhi,
Semak kecil,
Hutan tebal,
Semua aku redah,
Bukit-bukit kecil juga telah kutewaskan,
Lopak,
Sungai,
Tasik,
Laut,
Juga telah kurenangi,
Kuseberangi,
Kembara menuju ke sana,
Banyak yang kutemui,
Macam-macam,
Wajah-wajah muram kerana kecundang,
Tapi aku tidak mahu menyertai mereka,
Berundur bukan jiwa nuraniku,
Telah kukatakan pada mereka,
"Aku mahu ke sana,"
Ada yang tersengih mendengarnya,
Tapi aku butakan mata,
Tak kurang yang mengata "Tak usahlah,"
Tapi aku pekakkan telinga,
Mereka yang telah sampai di sana pulang dengan ceria,
Kata mereka puncak di sana amat mendamaikan,
Aku pun mahu ke sana,
Ingin merasai nikmat bila berada di sana,
Ingin melihat matahari tersenyum,
Ingin menyedut udara segar,
Ingin merasai dingin embun pagi,
Ingin menikmati jingga petang,
Ingin mengira bintang-bintang di langit pada malamnya,
Ingin bersua pada bulan,
Ingin melihat sekeliling,
Pasti indah nikmat itu,
Aku takkan pulang,
Selagi aku belum sampai di sana,
Bahagia di sana ingin aku genggam,
Sedikit masa lagi,
Aku akan berada di sana,
Bukan mimpi lagi,
Jika Allah mengizinkan,
Akan jadi benar,
Ya, realiti....
Aku semakin hampir,
Detik itu sudah menjelma,
Angin telah membawa gembira dari sana,
Aku pasti tiba,
Tungguhlah,
Aku sedang melangkah penuh waja,
Puncak itu akan kutakluk,
Aku tahu,
Ada sesuatu di sana....
Kristal Merah
24/06/09
9.20 a.m
UM Kolej 12.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hebat ayat2 ko geng..
truskan lah..
aku sentiasa menyokong ko!!!
Alhamdulillah,..biasa2 jak tu geng..hahha
Post a Comment