Tuesday, June 23, 2009

Puisi 4


“Janjiku”

Ayahanda dan bonda,
Anakanda merindui belaian ayahanda dan bonda berdua.

Namun dalam mengejar cita-cita ini,
Kita terpaksa berpisah untuk sementara,
Masih ada tugas yang belum terlaksana.

Sudah masanya anakanda mengembara,
Mengembara menimba ilmu dan pengalaman,
Sebagai bekalan untuk masa hadapan,
Bagi membela nasib kita sekeluarga.

Anakanda berjanji,
Anakanda akan pulang dengan kejayaan,
Seperti yang ayahanda dan bonda harapkan.

Mudah-mudahan dengan izin-Nya,
Anakanda akan mendapat kejayaan yang cemerlang,
Dan membawa segulung ijazah ke kampung halaman,
Sebagai tiket untuk bekerja pada masa akan datang.

Anakanda berjanji,
Anakanda akan membahagiakan ayahanda dan bonda.

Segala titik peluh ayahanda,
Segala penat lelah bonda,
Akan anakanda ganti dengan bahagia.

Mungkin anakanda tidak mampu membalas,
Segala budi ayahanda dan bonda,
Namun anakanda akan terus berusaha,
Menggapai cita-cita,
Bagi melihat ayahanda dan bonda ceria sentiasa.

Ayahanda dan bonda,
Ayahanda dan bondalah inspirasi anakanda,
Kata serta nasihat ayahanda dan bonda berdua,
Akan anakanda jadikan azimat berguna.

Doa dan restu dari ayahanda dan bonda,
Amat anakanda perlukan sentiasa,
Sebagai pengiring menuju kecemerlangan anakanda.
Semoga anakanda tetap mara ke hadapan,
Menuju kegemilangan,
Dan mudah-mudahan anakanda tidak lupa pada hari kemudian,
Apabila kejayaan sudah berada digenggaman.

Semoga anakanda kotakan segala janji,
Supaya dapat melihat ayahanda dan bonda senang hati.
Itulah janji anakanda.

Kristal Merah
24/06/09
2.21 a.m
UM Kolej 12.

Puisi 3

“Sahabatku”


Sahabatku,
Hadirmu dalam hidupku,
Memberikan kusemangat,
Teruslah kau mendampingiku.

Sahabatku,
Susah dan senang kita bersama,
Aku gembira,
Kau gembira,
Aku berduka,
Kau berduka,
Itulah makna persahabatan yang mulia.

Tapi mengapa kini kau menghilang tanpa berita?
Aku tertanya-tanya,
Kemana kau menghilang wahai sahabatku?
Apakah aku telah melukaimu?


Andai demikian,
Ampun dan maaf kuhulurkan.

Kembalilah wahai sahabatku,
Aku memerlukan kehadiranmu,
Aku perlukan sokonganmu,
Dalam mengejar cita-citaku.

Hadirlah kau wahai sahabatku,
Kita teruskan persahabatan ini,
Tidakkah kau ingat kenangan kita bersama?

Hadirlah kau wahai sahabatku,
Kita teruskan perjuangan dan cita-cita yang belum terlaksana,
Bukankah kau pernah berkata dahulu,
Engkau ingin mencipta kegemilangan bersamaku?

Kemana perginya semangatmu itu,
Wahai sahabatku?

Bangkitlah wahai sahabatku!
Bangkitlah!
Tanamkan semangat iltizammu!


Jika kau menyepi,
Dan terus membisu,
Pastinya aku kekok untuk melangkah.


Ingatlah wahai sahabatku,
Walau engkau tiada di sisiku,
Aku sentiasa mengingatimu,
Kerana kau amat bermakna bagiku.

Kristal Merah
24/06/09
2.18 a.m
UM Kolej 12.

Puisi 2


“Kusemakin Jauh”


Ya Allah,
Kusemakin jauh,
Jauh dari-Mu,
Jauh dari jalan-Mu.


Ya Allah,
Dalam kumeniti,
Laluan ini,
Aku alpa untuk mengingati-Mu,
Aku alpa untuk mengabdikan diri kepada-Mu,
Setiap detik dan waktu,
Aku menyimpang dari fitrahku,
Aku lalai dari menuruti,
Kitab Suci,
Aku lalai dari mengikuti,
Sunnah Kekasih-Mu.


Ya Allah,
Hidup ini kuisi penuh dengan dosa,
Aku dalam kegelapan,
Aku dalam keresahan.


Ya Allah,
Hidup ini kurasakan kosong,
Kerana kujauh dari hidayah-Mu,
Kujauh dari jalan-Mu.


Ya Allah,
Akulah hamba-Mu,
Yang sangat hina di sisi-Mu.


Ya Allah,
Ampunilah segala,
Dosa hamba-Mu ini.


Berilah cahaya keimanan,
Agar dapat kubertahan,
Dari segala godaan syaitan,
Agar diriku jauh dari segala kekufuran,
Jauh dari segala kejahilan.


Ya Allah,
Kau ampunilah segala dosa,
Yang telah aku lakukan terhadap,
Kedua ibu bapaku,
Sesungguhnya aku telah banyak,
Banyak melukakan hati mereka.


Ya Allah,
Kau ampunilah dosa mereka,
Kau kasihanilah mereka,
Sebagaimana mereka mengasihaniku.


Ya Allah,
Kau matikanlah aku,
Dalam kalimah Tauhid,
Jauhkanlah aku dari azab di alam persinggahan.
Mudah-mudahan,
Rasulullah memberikan syafaat kepadaku.


Ya Allah,
Kau permudahkanlah hisabku,
Mudah-mudahan aku dapat melintasi,
Titian Sirat-Mu dengan mudah.


Ya Allah,
Jauhkanlah aku dari azab Neraka-Mu,
Kerana azab-Mu sangat pedih,
Masukkanlah aku ke dalam Syurga-Mu,
Itulah yang paling selamat untukku.


Ya Allah,
Aku mengharapkan redha-Mu,
Kau berilah aku,
Nur hidayah-Mu,
Untuk menerangi perjalanan ini.


Ya Allah,
Kau tetapkanlah iman ini,
Kau peliharahlah iman ini untukku,
Agar aku tidak jauh dari-Mu.


Semoga aku dekat pada-Mu,
Kerana aku sedar,
Aku semakin jauh dari-Mu.


Kristal Merah
24/06/09
2.14 a.m
UM Kolej 12.

Puisi 1


“Menanti Bahagia”


Kebahagiaan,
Impian setiap insan,
Namun bukan semua,
Mampu untuk mengecapinya.


Kebahagiaan,
Kadang kala datang tanpa diduga,
Kadang kala pergi tanpa direla.


Kebahagiaan,
Perlukan pengorbanan,
Pengorbanan yang kadang kala,
Di luar kemampuan,
Kadang kala mendatangkan kekecewaan.


Namun jika kau pasti,
Teruslah kau menanti,
Menanti hadirnya bahagia,
Bahagia yang telah lama,
Engkau ingin miliki.


Penantian itu memang menyeksakan,
Memang itulah hakikatnya.


Jika kau rasa penantian itu,
Akan berakhir dengan kesuraman,
Ubahlah haluan,
Bahagia itu ada di mana jua.


Namun jika kau miliki,
Bahagia yang kau nanti,
Pastikan bahagia itu penuh erti.


Janganlah kau nodai bahagia itu,
Yang telah lama kau idamkan.


Yang pasti,
Bahagia itu pasti hadir.


Moga
bahagia yang hadir itu,
Bahagia yang abadi.


Panjatkan doa kepada Ilahi,
Jika kau berhasrat,
Bahagia itu ingin kau miliki.


Kristal Merah
24/06/09
2.10 am
UM Kolej 12.

Aku mahu berpuisi

Bagi mengelakkan blog ini sunyi dan sepi, kristal merah akan selitkan puisi-puisi hasil sentuhan kristal merah sendiri. Hasilnya mungkin tak seberapa. Tapi tak salah untuk mencuba. Mencuba itu lebih baik dari tak berbuat apa-apa. Harap Apiz Rage mampu jadi pembaca setia. Puisi untuk mengubat kesunyian, peneman di kala sepi, penghibur di kala kebosanan. Apa-apalah....

Aku masih ada..

Huh, lama baru buka blog ini....kristal merah masih ada. Masih cuba mencari idea. Mahu menghasilkan sesuatu yang lebih baik dari "Barah Dendam". Begitulah hajat dihati. Cuma tak tahu mampu dihasilkan atau tidak. Tapi tak salah untuk terus berusaha ke arah itu. Semua sudah ada dalam perancangan. Perancangan memang dah ada. Tapi belum mampu untuk menekan keyboard untuk menggarap karya untuk novel seterusnya. Masanya pasti akan tiba.

Thursday, April 23, 2009

Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2

Sambungan.... Kat sana juga terjumpa Abg Khar dan kak Molly dan kak Nurul serta krew Pekan Ilmu pulication yang lain yang setia dengan pengunjung. Semasa kat sana juga, ada seorang yang bertanya kat kristal merah, "Novel Barah Dendam tu pengalaman hidup ke?"
Kristal merah jawab, "Fantasi." Sebenarnya novel itu adalah gabungan fantasi dan 10 % pengalaman kristal merah. 90 % adalah fantasi. Kalau penuh dengan pengalaman semata-mata, akan bosanlah pembaca dan meluat nak dengar pengalaman kristal merah yang merupakan insan hina (pinjam istilah Nazeerah Hanie @ Kenit) ini.