Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung blog ini! Anda tidak silap....Ini blog KRISTAL MERAH. Kalau benar-benar silap, logoutlah cepat-cepat....
Assalamualaikum...
Syukur ke hadrat Ilahi atas segala limpah dan rahmatnya kerana dapat saya meneruskan kelangsungan hidup dalam dunia yang indah dan penuh makna ini. Dengan rahmatnya juga, dapat saya menyiapkan novel “Barah Dendam”. Itulah karya pertama saya yang akan diterbitkan. “Barah Dendam” adalah percubaan pertama saya untuk bergiat dalam dunia penulisan novel dan bergelar sebagai novelis.
Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi kasih dan penghargaan buat ayahanda dan bonda tercinta atas sokongan dan restu kalian yang terus menyuntik semangat anakanda berkarya.
Tidak lupa juga kepada tok guru (Prof. Rahman Shaari dan En. Mohd Saleeh Rahamad) yang sedang berkhidmat di Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Tunjuk ajar kalian berdua amat bermanfaat.
Terima kasih tidak terhingga buat saudari Nur Shahira (Nuyang), atas sokongan yang tidak pernah luntur dan mengikuti setiap perkembangan proses karya saya. Doronganmu penuh erti.
Buat sahabat-sahabatku Geng 6 Jahanam (Hafis, Saiful, Afiq, Ameer dan Shafiq) serta ahli tak tetap (Abang Shah), terima kasih kerana mendampingiku. Gelak tawa, gaduh-gaduh dan marah-marah ketika bersama, sangat menghiburkan. Terima kasih kerana sokongan kalian. Semoga persahabatan kita berkekalan. Need you all! Kepada sahabatku Wijaya (Kamal), nantikan “Barah Dendam”. Aku tidak lupa juga sokonganmu!
Buat Norazizah (Fea Arisyah), teruskan berkarya...Jangan berputus asa. Sedikit langkah lagi, kau akan berjaya.
Terima kasih juga kepada saudara Faisal Tehrani dan Matt Romeo. Karya kalian penuh manfaat untuk diselongkar. Semoga dunia penulisan (novel) di negara kita mampu dimartabatkan.
Tidak lupa juga kepada pihak penerbit iaitu Pekan Ilmu Publication Sdn. Bhd. Terima kasih kerana sudi untuk menerbitkan novel “Barah Dendam”. Kepada editor Nurul, terima kasih atas informasi dan mengedit novel “Barah Dendam”.
Kepada mereka yang tidak disebut secara terperinci seperti (Apiz Rage) dan sesiapa yang berkenaan, harap maafkan saya....Kalian juga penting buat saya.
“Barah Dendam” mengisahkan kenakalan zaman sekolah yang dilalui oleh Zulkarnain dan Zailan. Akibat menjadi mangsa buli, mereka bangkit memberontak. “Barah Dendam” juga mengisahkan nilai persahabatan antara Zulkarnain dan Zailan. Konflik yang timbul pula, bagaimana?
Kalau nak tahu lebih lanjut, dapatkan novel “Barah Dendam” daripada Pekan Ilmu Publication Sdn. Bhd. Nantikan kemunculannya....Novel ini pasti akan menghantar anda semula ke zaman sekolah menengah yang penuh dengan keriangan dan keseronokan!
Sila kunjungi blog Pekan Ilmu Publication untuk membuat tempahan. (jika berminat)
Pesanan penulis: Yang baik jadikan teladan dan yang buruk jangan diikuti. Ingat, jangan
biar dendam bermukim di jiwa. Jika tidak, dendam pasti menjadi
11 comments:
aiseh my fren.. namaku di sebut jua..
hahahahahaha.....
biasa la fren...;-)
tahniah bro atas kejayaan menghasilkan novel pertama 'Barah Dendam'. semoga ko terus cemerlang dengan bidang yang diceburi. jadikanlah mata penamu itu sebagai wadah untuk mendidik saudara seagama dan anak bangsamu.
tahniah bro di atas kejayaan menerbitkan 'Barah Dendam',novel pertama. aku sentiasa doakan ko akan terus berjaya dalam bidang yang diceburi. semoga terus cemerlang dan jadikanlah mata penamu sebagai wadah untuk mendidik saudara seagamamu dan anak bangsa.
Thanks geng....Harap ko sudah khatam softcopy "Barah Dendam"....Nantikan pula softcopy "Retrospektif Dendam". Segala persoalan dalam "Barah Dendam" akan terjawab di dalam "Retrospektif Dendam"....Tp sabar jak la ko....Sebelum tu akan ada lagi yng menyusul....Insya Allah....Hehe
Ko terus berkarya ah....Jangan putus asa....Kalau da terputus, sambung semula asa itu....jgn biar asa putus....Hahaha
salam...alamak tersilap...rupa-rupanya hafiz anggota 5 jahanam....aku ingat td, apiz-rage...mesti ko pelik kan bro...tak pasal2, aku pesan teruskan berkarya...thanks bro atas sokongan....semoga kita sama2 berjaya....teruskan usaha untuk menjadi kaya....jika terjumpa lubang2 kekayaan tu, inform2la....sama2 kita jadi kaya...Amin....
hahahaha...
ko mmg hbt wan..aku admire ko bha!!!
alhamdulillah, semua kerana izin-Nya....
xde sambungan novel ni ker
Bila sambungan barah dendam
Post a Comment